Jumaat, 30 Julai 2010

Hernandez mula tunjuk taring

Jaring gol pertama dalam penampilan sulung bersama United

HOUSTON: Javier Hernandez menjaringkan gol pada penampilan pertamanya bersama Manchester United ketika barisan muda Red Devils mempamerkan prestasi hebat menewaskan Major League Soccer All-Stars 5-2 dalam perlawanan persahabatan, kelmarin.

Federico Macheda menjaringkan dua gol awal sementara Darron Gibson dan Tom Cleverley juga menemui gawang untuk barisan Liga Perdana itu.

Jumlah kehadiran penonton diumumkan seramai 70,728, jumlah tertinggi yang hadir menyaksikan perlawanan MLS All-Star sejak pertama kali pada 1996.
“Kami benar-benar gembira,” kata Pengurus United Sir Alex Ferguson. “Apabila anda berada dan beraksi dalam stadium, dengan kehadiran ramai penonton dan suasana hebat, sudah tentu anda mendapat motivasi daripadanya.

“Ia adalah petanda baik buat pemain. Apabila anda keluar, melihat stadium, padang yang baik, penonton yang ramai, ia adalah sempurna buat mereka.”

Pasukan MLS All-Star memenangi lima daripada enam perlawanan menentang pasukan antarabangsa termasuk 1-0 menewaskan Chelsea pada 2006. Mereka jelas yakin minggu ini, untuk menunjukkan sejauh mana peningkatan liga itu sejak diperkenalkan pada 1996.

Tetapi Red Devils, menyengat selepas tewas 2-1 kepada Kansas City Ahad lalu, mendahului 1-0 sebelum asap daripada persembahan bunga api hilang. Macheda memintas hantaran lemah pertahanan Kevin Alston sebelum menyungkit mengatasi penjaga gol Donovan Ricketts ketika permainan baru bermula 24 saat.

“Dia sangat luar biasa di posisi tersebut,” kata Ferguson merujuk kepada Macheda. “Anda selalu berasa terlalu yakin. Bila dia melewati, saya menjangkakan dia akan menjaringkan gol. Ia adalah baik untuk menjaringkan gol.” - AP

0 ulasan:

Catat Ulasan