Jumaat, 30 Julai 2010

Maradona dakwa dikhianati


LONDON - Diego Maradona mendakwa dia telah dikhianati selepas kehilangan tugasnya sebagai juru- latih Argentina.

Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) tidak memperbaharui kontrak itu selepas kekalahan 0-4 kepada Jerman pada peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Presiden AFA, Julion Grondona pada mulanya memberi peluang kepada Maradona untuk menerus- kan tugasnya itu tetapi tanpa khidmat tujuh pembantu jurulatihnya.

Begitupun, pemain legenda Argentina itu tidak bersetuju dengan syarat tersebut.

Maradona, 49, dalam sidang akhbar di Buenos Aires kelmarin, menuduh pengarah pasukan kebangsaan, Carlos Bilardo yang juga jurulatih skuad yang menjuarai Piala Dunia 1986 telah mengkhianatinya.

"Grandona menipu saya. Bilardo pula mengkhianati saya," kata Maradona.
"Setelah kami berjaya melupakan kekecewaan tersingkir daripada kempen Piala Dunia, kami semua bersedia untuk meneruskannya dan kami sedar banyak lagi kerja yang kami harus lakukan.

"Selepas penyingkiran itu, Grondona memberitahu saya dalam bilik persalinan yang dia sangat gembira dengan usaha saya dan mahu saya meneruskannya. Ada ramai saksi dan pemain yang melihatnya.
"Apabila kami pulang ke Argentina, semuanya telah menjadi terbalik.

"Isnin lalu saya berjumpa dengan Grandona dan lima minit kemudian dia mahu saya meneruskan khidmat itu, namun tujuh pembantu saya tidak sepatutnya disingkir."

Maradona menjelaskan AFA tahu syarat tersebut tidak akan dipersetujui olehnya dan boleh dijadikan alasan untuk memecatnya.

Kata Maradona: "Jika dia beritahu saya syarat tersebut, maknanya dia tidak mahu saya meneruskan tugas ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan