NS tekad pertahan mahkota

ZAQUAN  (kiri) bakal galas tugas penting ketuai barisan serangan Negeri Semb lan.
ZAQUAN (kiri) bakal galas tugas penting ketuai barisan serangan Negeri Semb lan.
Wan Jamak rancang lima perlawanan persahabatan sebagai persiapan

JUARA bertahan, Negeri Sembilan berazam mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia, musim ini sekali pun dikatakan bakal berdepan cabaran sengit apabila diundi dalam Kumpulan A bersama Kelantan, pasukan yang mereka tewaskan pada aksi final, musim lalu.

Jurulatih skuad berkenaan, Wan Jamak Wan Hassan, berkata walaupun ia bukan sesuatu yang mudah berbanding mereka yang mengejar kejuaraan itu, namun yakin skuad bimbingannya yang dibarisi pemain berpengalaman seperti Mohd Shukur Adan dan Rezal Zambery Yahya selain pemain muda, mempunyai keupayaan mengharungi cabaran dan seterusnya mengulangi kejayaan yang dicapai musim lalu.
“Saya akui saingan dalam Kumpulan A yang turut mengandungi dua pasukan kelab iaitu PKNS dan KL Plus, sengit, namun secara keseluruhannya kita sudah tahu kekuatan setiap pasukan kecuali PKNS dan ia bukan halangan besar buat Negeri Sembilan mencapai kemenangan muncul juara kumpulan.

“Apa yang penting, saya perlu pastikan setiap pemain Negeri Sembilan dapat meningkatkan lagi prestasi terutama dari segi kekuatan fizikal dan mental masing-masing bagi membolehkan kita mengharungi satu demi satu perlawanan dengan memuaskan sebaik saingan bermula 14 September nanti,” katanya semalam.

Bagi tujuan itu, Wan Jamak berkata, fokusnya kini adalah untuk memantapkan lagi barisan depan yang kini digalas Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak dan Norizam Salaman termasuk sedang meneliti beberapa pemain penyerang dari pasukan yang tidak beraksi dalam Piala Malaysia untuk menyertai Negeri Sembilan.

Dia juga berkata sudah merancang mengadakan sekurang-kurangnya lima perlawanan persahabatan sepanjang persiapan ini sebaik memulakan latihan seawal bulan Ramadan nanti.
Read More

Ferguson mula intai kelibat Ozil

LONDON: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson sudah menunjukkan minat mendapatkan khidmat pemain tengah Jerman, Mesut Ozil selepas melihat Werder Bremen tewas 5-1 kepada Fulham dalam satu siri perlawanan persahabatan, kelmarin.

Ferguson mendakwa dia gembira memberi peluang kepada barisan pemain mudanya, tetapi pengurus dari Scotland itu yang berada di London menjelang pertembungan Perisai Komuniti menentang Chelsea, sempat singgah di Craven Cottage untuk meninjau pemain berpotensi
.
Pengendali berbangsa Scotland itu mula dikaitkan dengan Ozil sejak persembahan memberangsangkan pemain itu bersama skuad Jerman dalam kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan tetapi tidak berpeluang menyaksikan kelibat pemain berusia 21 tahun itu beraksi pada tahap sebenarnya ketika ditewaskan Fulham, hasil hatrik Zoltan Gera. 

Arsenal memenangi pertembungan persahabatan menarik dengan kelab dari Poland, Legia Warsaw yang menyaksikan Gunners bangkit daripada ketinggalan 3-0 untuk merakam kemenangan 6-5.

Manchester City menamatkan program pra musim dengan kemenangan bergaya 2-0 ke atas kelab Sepanyol, Valencia di Eastlands, selepas Gareth Barry dan Jo menemui sasaran. Everton tewas 2-0 di tangan Wolfsburg di Jerman, manakala Tottenham menewaskan Fiorentina 3-2 di White Hart Lane. – AFP
Read More

10 muka baru warnai Brazil

RIO DE JANEIRO: Pengendali baru Brazil, Mano Menezes menyenarai sepuluh muka baru menjelang pertembungan persahabatan menentang Amerika Syarikat, esok yang juga perlawanan antarabangsa pertama pasukan selepas kekecewaan dalam kempen Piala Dunia.

Menezes mengambil alih tugas daripada Dunga yang dipecat selepas kekalahan suku akhir kepada Belanda, bulan lalu menyenaraikan pemain di jangka bakal menggalas tugas berat Piala Dunia 2014, yang diadakan di laman sendiri.

Antara pemain baru yang dipanggil Menenez ialah pemain tengah Santos, Paulo Henrique Ganso dan rakan sepasukan, Neymar, pertahanan Manchester United, Rafael serta pemain tengah Lyon, Ederson, yang pernah membawa skuad bawah 17 tahun Brazil muncul juara dunia pada 2003.
“Saya tidak berfikir langsung mengenai pasukan Brazil,” kata Ederson. “Saya lebih fokus beraksi bersama Lyon dan menikmati permainan baik pra-musim. Namun kamu sentiasa berharap untuk disenarai.

“Saya memperoleh pengalaman yang baik bersama pasukan bawah 17 dan mahu menikmatinya sekali lagi.” – AFP

Skuad:
Penjaga Gol: Renan (Avai), Jefferson (Botafogo), Victor (Gremio)
Pertahanan: David Luiz (Benfica/POR), Henrique (Racing Santander/ESP), Rever (Atletico Mineiro), Thiago Silva (AC Milan/ITA) Tengah: Rafael (Manchester United/ENG), Marcelo (Real Madrid/ESP), Andre Santos (Fenerbahce/TUR), Daniel Alves (Barcelona/ESP), Ederson (Lyon/FRA), Carlos Eduardo (Hoffenheim/GER), Hernanes (Sao Paulo), Paulo Henrique Ganso (Santos), Lucas (Liverpool/ENG), Jucilei (Corinthians), Ramires (Benfica/POR)
Penyerang: Robinho (Santos), Neymar (Santos), Alexandre Pato (AC Milan/ITA), Andre (Santos), Diego Tardelli (AtleticoMadrid)

Read More

United rampas trofi




WEMBLEY, England – Manchester United memulakan saingan musim baru Liga Perdana England dengan penuh bergaya.

Semalam, skuad bimbingan Alex Ferguson itu menjuarai Piala Perisai Komuniti selepas menewaskan juara bertahan, Chelsea 3-1 di Stadium Wembley.

Jaringan Antonio Valencia pada minit ke-41, Javier Hernandez (76) dan Dimitar Berbatov (90) sudah cukup memberikan United langkah kanan dalam misi mereka kali ini.


Begitupun, Chelsea tidak mudah mengaku kalah dan cuba memberi tentangan yang hebat tetapi memperoleh gol sagu hati menerusi Salomon Kalou pada minit ke-83.

Lebih manis, kejayaan The Red Devils ini juga dilihat sebagai amaran awal mereka dalam misi mereka merampas semula gelaran Liga Perdana England daripada The Blues.

Pertembungan dua pencabar utama itu semalam banyak didominasi oleh United yang menurunkan dua pemain baru, Hernandez dan pertahanan Chris Smalling.

Manakala Chelsea yang merupakan juara berganda selepas memenangi gelaran liga dan Piala FA dilihat gagal mencari rentak meskipun menggunakan khidmat bekas perancang Liverpool, Yossi Benayoun dan penyerang Ivory Coast, Didier Drogba.

Ini adalah kali ketiga dalam masa empat tahun United berjaya menjulang gelaran Piala Komuniti selepas tahun 2007 dan 2008.

Kekalahan ini pula merupakan tamparan baru buat pengurus The Blues, Carlo Ancelotti dalam misi mempertahan kejuaraan menjelang aksi pembuka musim 2010/11 pada Sabtu ini.


Read More

Real bangkit daripada ketinggalan



CRISTIANO RONALDO (dua dari kanan) gagal menjaringkan gol ketika Real menang 3-2 ke atas LA Galaxy kelmarin.



PASADENA, California - Real Madrid bangkit dari ketinggalan 0-2 sebelum mencatat kemenangan 3-2 ke atas Los Angeles (LA) Galaxy pada aksi persahabatan pramusim di Pasadena Rose Bowl kelmarin.

Galaxy mula mendahului lima mini sebelum rehat menerusi pertahanan Todd Dunivant dan menggandakan kelebihan mereka seminit selepas babak kedua bersambung hasil sepakan penalti Landon Donovan.

Begitupun, Gonzalo Higuain meledakkan dua gol buat Real dalam masa 10 minit sebelum Xabi Alonso muncul wira kelab gergasi Sepanyol itu apabila mejaringkan gol kemenangan pada minit ke-72.
"Bagi jelajah pra musim ini, semuanya sempurna," kata jurulatih Real, Jose Mourinho.

"Kami berlatih dengan baik dan bekerja keras sepanjang latihan. Pemain skuad ini juga semakin rapat dan ia bagus bagi se- buah pasukan."

Mourinho berkata, beliau berpuas hati dengan kebangkitan anak buahnya, terutamanya pada babak kedua dalam dua aksi pramusim ini.

"Jelas sekali saya suka dengan mentaliti kami yang tidak mahu kalah, berkeinginan bangkit. Saya sangat sukakannya," kata Mourinho.

"Bagi saya, babak kedua dalam jelajah ini sangat menakjubkan dari segenap aspek."
Jurulatih Galaxy, Bruce Arena membe- ritahu bahawa Mourinho yang membimbing Inter Milan merangkul gelaran Liga Juara-Juara, Serie A dan Piala Itali musim lepas akan mengubah Real menjadi pasu- kan yang sukar dikalahkan.

"Mereka adalah antara kelab terbaik di dunia. Mereka akan memberi cabaran sengit dalam kempen Liga Juara-Juara dan sudah pasti memberi saingan sengit kepada Barcelona dalam Liga Sepanyol," kata Arena. - AFP
Read More