Selasa, 10 Ogos 2010

Mogok di Piala Dunia satu kesilapan besar

MARSEILLE: Penjaga gol antarabangsa Perancis, Steve Mandanda mengakui pemain skuad negaranya melakukan kesilapan besar kerana melancarkan mogok di Piala Dunia.

Penjaga gol kelab Marseille berusia 25 tahun itu yang tidak beraksi ketika Perancis diaib apabila tersingkir pada pusingan pertama akur seluruh skuad perlu dihukum jurulatih baru, Laurent Blanc kerana keengganan menjalani latihan dua hari sebelum perlawanan terakhir menentang tuan rumah, Afrika Selatan.

Blanc yang menggantikan Raymond Domenech selepas pusingan akhir itu enggan memilih seorang pun anggota skuad itu untuk perlawanan pertama di bawah bimbingannya menentang Norway pada Rabu depan.

“Kami melakukan kesilapan besar dan perlu bertanggungjawab. “Kami dihukum dan mesti menghormati hukuman itu,” kata penjaga gol kelahiran Demokratik Rakyat Congo itu.

Mandanda yang mempamerkan persembahan membanggakan pada musim lallu apabila membantu Marseille memenangi liga Perancis dan pemain lain mogok apabila memprotes tindakan Domenech menghantar pulang Nicholas Anelka apabila berlaku pertengkaran mulut pada separuh masa ketika menentang Mexico. - AFP

0 ulasan:

Catat Ulasan