Isnin, 16 Ogos 2010

Real bangkit daripada ketinggalan



CRISTIANO RONALDO (dua dari kanan) gagal menjaringkan gol ketika Real menang 3-2 ke atas LA Galaxy kelmarin.



PASADENA, California - Real Madrid bangkit dari ketinggalan 0-2 sebelum mencatat kemenangan 3-2 ke atas Los Angeles (LA) Galaxy pada aksi persahabatan pramusim di Pasadena Rose Bowl kelmarin.

Galaxy mula mendahului lima mini sebelum rehat menerusi pertahanan Todd Dunivant dan menggandakan kelebihan mereka seminit selepas babak kedua bersambung hasil sepakan penalti Landon Donovan.

Begitupun, Gonzalo Higuain meledakkan dua gol buat Real dalam masa 10 minit sebelum Xabi Alonso muncul wira kelab gergasi Sepanyol itu apabila mejaringkan gol kemenangan pada minit ke-72.
"Bagi jelajah pra musim ini, semuanya sempurna," kata jurulatih Real, Jose Mourinho.

"Kami berlatih dengan baik dan bekerja keras sepanjang latihan. Pemain skuad ini juga semakin rapat dan ia bagus bagi se- buah pasukan."

Mourinho berkata, beliau berpuas hati dengan kebangkitan anak buahnya, terutamanya pada babak kedua dalam dua aksi pramusim ini.

"Jelas sekali saya suka dengan mentaliti kami yang tidak mahu kalah, berkeinginan bangkit. Saya sangat sukakannya," kata Mourinho.

"Bagi saya, babak kedua dalam jelajah ini sangat menakjubkan dari segenap aspek."
Jurulatih Galaxy, Bruce Arena membe- ritahu bahawa Mourinho yang membimbing Inter Milan merangkul gelaran Liga Juara-Juara, Serie A dan Piala Itali musim lepas akan mengubah Real menjadi pasu- kan yang sukar dikalahkan.

"Mereka adalah antara kelab terbaik di dunia. Mereka akan memberi cabaran sengit dalam kempen Liga Juara-Juara dan sudah pasti memberi saingan sengit kepada Barcelona dalam Liga Sepanyol," kata Arena. - AFP

0 ulasan:

Catat Ulasan