Khamis, 5 Ogos 2010

Anderson nyaris maut kemalangan


LONDON: Pemain tengah Manchester United Anderson terbabit dalam kemalangan kereta di Portugal kelmarin dan terpaksa ditarik keluar daripada kenderaannya sebelum meletup dan dijilat api.

Pemain kelahiran Brazil itu dipercayai dalam perjalanan bersama dua rakannya, seorang lelaki dan wanita, apabila kemalangan itu berlaku di Geres berhampiran Braga pada awal pagi.
Kereta sports Audi R8, dengan rakan Anderson memandunya, terbabas dan melanggar tembok sebelum melayang 100 meter ke udara dan terhempas di atas padang. 

Anderson, yang tidak sedarkan diri di katakan terpaksa ditarik keluar daripada kenderaan yang terbakar itu sebelum ia meletup, dengan saksi melaporkan pemain itu berkata dia terhutang nyawa dengan mereka.

Pemain berusia 22 tahun itu dilapor menghabiskan petang itu di kelab malam Sardinha Biba sebelum meninggalkannya dalam kereta Audi bernilai 100,000 pound (RM499.000) yang mempunyai kelajuan 197kmsj.

Ketiga-tiga mereka dibawa ke Hospital St Mark tetapi dibenarkan keluar selepas mendapat rawatan bagi kejutan dan kecederaan kecil.

Jurucakap hospital, Roman Fresco berkata: “Mereka hanya mengalami kecederaan kecil. Wanita itu memerlukan lebih penjagaan, tetapi untuk perkara kecil.

0 ulasan:

Catat Ulasan