Isnin, 23 Ogos 2010

Ferguson mula intai kelibat Ozil

LONDON: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson sudah menunjukkan minat mendapatkan khidmat pemain tengah Jerman, Mesut Ozil selepas melihat Werder Bremen tewas 5-1 kepada Fulham dalam satu siri perlawanan persahabatan, kelmarin.

Ferguson mendakwa dia gembira memberi peluang kepada barisan pemain mudanya, tetapi pengurus dari Scotland itu yang berada di London menjelang pertembungan Perisai Komuniti menentang Chelsea, sempat singgah di Craven Cottage untuk meninjau pemain berpotensi
.
Pengendali berbangsa Scotland itu mula dikaitkan dengan Ozil sejak persembahan memberangsangkan pemain itu bersama skuad Jerman dalam kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan tetapi tidak berpeluang menyaksikan kelibat pemain berusia 21 tahun itu beraksi pada tahap sebenarnya ketika ditewaskan Fulham, hasil hatrik Zoltan Gera. 

Arsenal memenangi pertembungan persahabatan menarik dengan kelab dari Poland, Legia Warsaw yang menyaksikan Gunners bangkit daripada ketinggalan 3-0 untuk merakam kemenangan 6-5.

Manchester City menamatkan program pra musim dengan kemenangan bergaya 2-0 ke atas kelab Sepanyol, Valencia di Eastlands, selepas Gareth Barry dan Jo menemui sasaran. Everton tewas 2-0 di tangan Wolfsburg di Jerman, manakala Tottenham menewaskan Fiorentina 3-2 di White Hart Lane. – AFP

0 ulasan:

Catat Ulasan