Selasa, 31 Ogos 2010

NS tekad pertahan mahkota

ZAQUAN  (kiri) bakal galas tugas penting ketuai barisan serangan Negeri Semb lan.
ZAQUAN (kiri) bakal galas tugas penting ketuai barisan serangan Negeri Semb lan.
Wan Jamak rancang lima perlawanan persahabatan sebagai persiapan

JUARA bertahan, Negeri Sembilan berazam mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia, musim ini sekali pun dikatakan bakal berdepan cabaran sengit apabila diundi dalam Kumpulan A bersama Kelantan, pasukan yang mereka tewaskan pada aksi final, musim lalu.

Jurulatih skuad berkenaan, Wan Jamak Wan Hassan, berkata walaupun ia bukan sesuatu yang mudah berbanding mereka yang mengejar kejuaraan itu, namun yakin skuad bimbingannya yang dibarisi pemain berpengalaman seperti Mohd Shukur Adan dan Rezal Zambery Yahya selain pemain muda, mempunyai keupayaan mengharungi cabaran dan seterusnya mengulangi kejayaan yang dicapai musim lalu.
“Saya akui saingan dalam Kumpulan A yang turut mengandungi dua pasukan kelab iaitu PKNS dan KL Plus, sengit, namun secara keseluruhannya kita sudah tahu kekuatan setiap pasukan kecuali PKNS dan ia bukan halangan besar buat Negeri Sembilan mencapai kemenangan muncul juara kumpulan.

“Apa yang penting, saya perlu pastikan setiap pemain Negeri Sembilan dapat meningkatkan lagi prestasi terutama dari segi kekuatan fizikal dan mental masing-masing bagi membolehkan kita mengharungi satu demi satu perlawanan dengan memuaskan sebaik saingan bermula 14 September nanti,” katanya semalam.

Bagi tujuan itu, Wan Jamak berkata, fokusnya kini adalah untuk memantapkan lagi barisan depan yang kini digalas Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak dan Norizam Salaman termasuk sedang meneliti beberapa pemain penyerang dari pasukan yang tidak beraksi dalam Piala Malaysia untuk menyertai Negeri Sembilan.

Dia juga berkata sudah merancang mengadakan sekurang-kurangnya lima perlawanan persahabatan sepanjang persiapan ini sebaik memulakan latihan seawal bulan Ramadan nanti.

0 ulasan:

Catat Ulasan