Selasa, 3 Ogos 2010

MU, Rooney berunding

LONDON: Manchester United akan memulakan rundingan dengan Wayne Rooney mengenai kontrak baru yang lumayan, sekalipun penyerang England itu masih ada dua tahun dalam perjanjian semasanya. 

“Hasrat kami adalah bertemu Wayne dan penasihatnya apabila kami balik daripada jelajah (di Amerika Syarikat) dan dia pulang daripada percutian dengan tujuan untuk berunding mengenai perjanjian baru buatnya,” kata Gill kepada laman web rasmi kelab, www.mutv.com.

“Adalah jelas daripada apa yang pernah dikatakannya dan pendirian kelab bahawa kedua-dua pihak berminat untuk merundingkannya dan memastikan kontrak jangka panjangnya di United.

“Berdasarkan keinginannya dan sumbangan besarnya terhadap kelab, kami amat yakin ia boleh dicapai.” Rooney menjaringkan 34 gol buat United musim lalu dan akan menjadi kunci utama dalam pasukan Alex Ferguson untuk merampas kembali kejuaraan liga daripada Chelsea apabila musim baru liga bermula 14 Ogos ini.

Vidic beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Old Trafford dalam tempoh 12 bulan lalu dan dilaporkan pengurus Real Madrid, Jose Mourinho bersedia untuk melancarkan usaha memikat pemain Serbia itu.
Namun tawaran United dengan kontrak yang lebih bagus berjaya memujuk Vidic untuk memberikan komitmen mengenai masa depannya di Old Trafford.

Kontrak Vidic juga berbaki dua tahun lagi tetapi dipercayai kebiasaannya United tidak akan berunding kontrak baru hinggalah kontrak berbaki hanya setahun, namun peraturan itu dipinda dan menggembirakan pertahanan tengah itu.

“Ada banyak spekulasi mengenai masa depan Nemanja, tapi pada pandangan saya ia adalah mainan media yang mengeluarkan cerita lama kerana ia pastinya tidak keluar dari kem Manchester United mahupun kem Nemanja,” kata Gill.

“Kami duduk semeja dengan Nemanja dan penasihatnya pada hujung musim lalu dan mula berbincang.

“Ia tertangguh apabila Nemanja pergi ke Piala Dunia, tapi bersambung apabila Serbia disingkirkan dan saya amat gembira mengesahkan kami bersetuju dengan Nemanja tiga atau empat minggu lalu dengan perjanjian jangka panjang bersama kelab ini.

“Ia belum lagi ditandatangani - kertas kerja sedang disiapkan oleh peguam dan disemak oleh penasihat Nemanja.” - AFP

0 ulasan:

Catat Ulasan