Sabtu, 31 Julai 2010

Selangor hampiri gelaran

SELANGOR berpeluang ditabalkan selaku juara Liga Super malam ini.

Seandainya berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Terengganu di Stadium Shah Alam malam ini, skuad bimbingan K. Devan itu akan mengesahkan kejuaraan mereka buat musim kedua berturut-turut.

Justeru, apa jua keputusan yang dicatatkan pencabar terdekat mereka, Kelantan ke atas Johor FC di Stadium JCorp, Pasir Gudang, ia tidak akan mengubah kedudukan Selangor selaku pendahulu liga.

"Pertemuan dengan Terengganu sememangnya perlawanan penting buat kami dan pemain-pemain tidak mempunyai pilihan selain mencatatkan kemenangan bagi mengesahkan kejuaraan lebih awal.
"Saya juga mengharapkan barisan kesebela- san utama yang bakal diturunkan esok (malam ini) beraksi dengan penuh konsisten dan sentiasa fokus sepanjang tempoh 90 minit perla- wanan berlangsung.

"Ia ibarat pentas final buat kami kerana kami telah bekerja keras selama ini bagi mengekal- kan kedudukan selaku pendahulu liga dan esok (malam ini) merupakan peluang terbaik buat pemain-pemain untuk mengakhirinya dengan kejuaraan," jelas jurulatih Selangor, K. Devan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya mengenai Terengganu yang dilapor tidak akan memberi laluan mudah buat skuad bimbingannya untuk muncul selaku juara lebih awal, Devan berkata: "Ia merupakan peluang terbaik buat kami untuk membuktikan yang kami sememangnya sebuah pasukan yang memiliki kualiti tersendiri.

"Kami pernah tewas 0-4 di tangan Terengganu ketika pusingan pertama sebelum ini, jadi saya percaya ia merupakan peluang terbaik buat kami menebus kembali kehampaan tersebut dengan memenangi perlawanan itu.

"Situasi perlawanan kali ini sungguh berbeza ketika kami tewas dahulu kerana ia me- rupakan aksi penentuan buat kami untuk mempertahankan kejuaraan yang telah dimenangi musim lalu dan mahu terus menge- kalkan bersama Selangor.

"Disebabkan itu, saya percaya, pemain-pemain akan memberikan aksi terbaik mereka, ditambah kali ini kami beraksi di gelanggang sendiri dan itu sudah pastinya memberi kelebihan buat kami untuk tampil dengan persembahan lebih bertenaga dan konsisten." 

Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada pihak media semalam, badan induk bola sepak negara itu mengesahkan bahawa trofi Liga Super akan dibawa ke Stadium Shah Alam.

"Namun, pasukan yang menjadi juara akan hanya dapat diumumkan selepas semua keputusan perlawanan Liga Super diperoleh pada malam esok (malam ini).

"Upacara penyampaian trofi dan medal akan hanya diadakan apabila disahkan oleh pegawai FAM selepas itu," menurut kenyataan tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan